Thursday, April 15, 2010

Projek Cili Semerah

Skrng aku tgh tanam cili semerah..Satu varieti cili padi baru yang diberi nama Semerah yang telah berjaya dihasilkan hasil usaha penyelidik MARDI selepas menjalankan penyelidikan selama 17 tahun. Cili padi (Semerah) ini adalah hasil pembangunan varieti bagi menghasilkan cili baru dari genotip yang berasal dari luar Negara yang dibangunkan melalui kaedah pemilihan baka sepokok (SSD) daripada bahan genetik dari Mexico...



Gambar cili semerah

Selain cili semerah,aku jugak ada tanam cili putih.atau lebih dikenali ngan nama cili pondan kalau kat sabah ni.. :)



Cili putih/pondan

Im Back...

Salam...Im back, selepas bekurun tak update blog basi aku ni..hehehe..
Pas kahwin ni life dah different ckt..btambah bz ngan keja n family..tambahan lg,wife dah pregnant skng ni..Alhamdulillah..:)

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan

Salam Ranadhan untuk kawan-kawan yang beragama islam..Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dariNYA

Tuesday, August 11, 2009

Accident !!!!!!

02.08.09..Tarikh keramat dalam hidup aku bila aku terlibat dalam kemalangan kat batu 47 Sepulut-nabawan.Alhamdulillah,aku dan 2 orang member aku cedera ringan je walaupun kete aku rosak teruk..Hope apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya...

Ekspo Perdagangan Beli barangan Malaysia

Ekspo ni diadakan pada 1 - 5 ogos 2009 di Tapak 100 tahun Tawau.Kambing aku turut serta dalam ekspo ini melalui Jabatan Perkhidmatan haiwan dan Perusahaan Ternak..Belilah kambing buatan Malaysia..hahaha..layan....

Majlis Pengiktirafan Pengusaha Pertanian Cemerlang dan Seminar Usahawan Tani ke -10

salam...07.07.09 Majlis Pengiktirafan Pengusaha Pertanian cemerlang dan Seminar Usahawan tani kali ke 10 diadakan di Palace hotel Kota kinabalu..
Aku turut dianugerahkan "Usahawan Tani tahun 2009".Terima kasih untuk kakitangan Jabatan Pertanian Daerah Tawau atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan.Rombongan dari Tawau


Thursday, July 30, 2009

Im not single anymore....

salam..Dah lama x update blog ni.actually last jun (06.06.09)aku selamat diijabkabulkan ngan someone yg aku sayang sangat..ni aku upload pic sikit..korang doakan la kebahagiaan aku ye...Amin...Pic time nikah


majlis resepsi kat Dewan Yuk Chin (07.06.09)




>majlis resepsi kat umah Kg Ranggu(09.09.09)

Thursday, May 28, 2009

Pesanan Untuk Orang Cantik

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam lagi perkara.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-NYA. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, itu satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasaan si cantik menghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Jika anda merasakan diri anda buruk, itu lebih baik daripada cantik tapi kecantikan itu akan boleh membinasakan anda sendiri. Orang cantik selalunya lebih digilai. Cabaran untuknya melalui hidup dengan lebih tenang agak sukar. Kemana saja dia pergi dia akan diburu. Dia mungkin kuat untuk bertahan tapi ramai orang cantik akhirnya kecundang.

Sedari anak dara orang cantik menjadi hambatan orang. Kadang-kadang dia menjadi mangsa perebutan yang menumpahkan darah. Setelah dia dimiliki dia tidak bebas daripada hambatan mereka yang pernah jatuh cinta terhadapnya, tidak kira samaada dia mengetahui mahupun tidak. Tatkala dia bergelar janda cabarannya lebih hebat. Terus menjanda akan digelar janda berhias, menamatkan kejandaan dituduh tidak setia.

Ibarat rama-rama yang diberikan sayap indah. Ia melirikkan mata setiap orang yang melihat. Kadang-kadang orang tidak sekadar melihat tapi mahu memiliki. Kadang-kadang orang tidak peduli bagaimana caranya untuk dia memiliki. Yang penting dia dapat.

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan yang setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia terus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH!

P/S: Oleh itu Bersyukurlah dengan apa yang ada..
Ingatlah setiap apa yang ALLAH jadikan Tentu ada HIKMAHNYA..

sumber : omaQ.org

Wednesday, May 27, 2009

Projek Baru



Salam....Last month aku bukak workshop kat depan umah aku.Dulu tapak ni tempat kandang kambing aku yang lama..Berbekalkan sedikit modal aku start bukak bengkel ni.walaupun belum siap sepenuhnya tapi Alhamdulillah sambutan cukup bagus..Kali ni aku try plk projek lain dari pertanian dan ternakan...mudah-mudahan projek aku ni sukses la jgk..Amin..

Selain tu,masa yang sama aku share ngan sorang member aku bukak jamming studio kat Fajar,Ni lagi dasyat,aku penternak kambing boleh involved plk ngan muzik..hahaha...
Skang ni dah 90% siap.Insya Allah 1 jun ni kitaorang buat Grand Opening.Hope member2 kat Tawau Support la jgk jamming studio aku ni..hehehe...

Wednesday, May 20, 2009

AQIQAH

AQIQAH UNTUK ANAK
Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Hukum Aqiqah
Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Daging Aqiqah
Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.

Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:
Maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."
(Hadis riwayat al-Hakim)

Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.

Waktu Aqiqah

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Hakim)

Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran

Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja.

Syarat Sah Aqiqah

Syarat sah aqiqah ialah:

* Berniat aqiqah ketika menyembelih.
* Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
* Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
* Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
* Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
* Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.

Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:
BIRI_BIRI - 1 TAHUN ATAU LEBIH
KAMBING - 2 TAHUN ATAU LEBIH
LEMBU/KERBAU - 2 TAHUN ATAU LEBIH
UNTA - 5 TAHUN ATAU LEBIH


Sunat-sunat Aqiqah ialah:

* Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
* Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
* Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
* Memberi nama yang baik kepada bayi
* Berdoa ketika hendak menyembelih
* Daging dimasak manis.
* Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
* Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri

Hikmah Aqiqah

* Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
* Menggalakkan amalan sedekah.
* melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
* Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
* Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
* Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
* Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
* membiasakan berkorban bagi orang tua

Sumber :- www.mybengkung.com/aqiqah.html

Thursday, March 12, 2009

salam maulidur rasul..

salam maulidur rasul buat rakan-rakan yang beragama islam..
Semoga memberi keberkatan dan kesedaran kepada kita semua...
Selawat dan salam buat nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W...

Sunday, March 8, 2009

Amalan Islam Dalam Kesihatan

" Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wallahualam..

sumber: omaq.org

Thursday, February 26, 2009

Mabul Island

Salam...Ahad(22/2) lepas aku ikut member virtual Friends(VF) gi Pulau Mabul..Tenang siot kat pulau ni..rasa hilang suma problem..hehehe.... location map mabulSelamat datang ke Sempornabudak2 VF(yang duduk tulah aku)kawasan kampung kat pulau mabuldi sambut dengan 'sipadan song'oleh budak2 uncle chang Sipadan Water Village

Tpt ni memang ok especially tuk korang yang minat snorkling @ diving..coral dia memang cantik giler..Ada masa rasa nak pegi lgi tpt ni..kali ni gi snorkling or mancing plk.layan.... :)